Monday, January 12, 2015

Perasaan

Aku,

Perjalanan untuk menuju sinar, takkan pernah mudah. Terkadang kita dikecam, kita dicaci kita dihina, baik kawan ataupun darah daging sendiri. 

Judgmental.

Bila kita selalu berniatkan selalu yang baik, kita dipandang serong. Ah nak tunjuk bagus, nak menunjuklah tu. Alhamdulillah, terima kasih. Disebabkan hati-hati begini, aku lagi gigih nak kenal diri. Aku cuba nak jadi a better person from time to time, secara berperingkat. Belum layak untuk aku cakap aku dah ber-ilmu, mungkin besar kuman pun belum tentu. Tapi, alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan.

Prejudice.

Yang gagal, tak selamanya gagal. Yang jahat tak selamanya hitam. Kalau tanya setiap insan yang wujud didunia ni, tak ada seorang pun nak untuk tidak berjaya, tak ada seorang pun nak untuk tidak sempurna, tak ada seorang pun nak untuk susah, tak ada seorang pun nak untuk derhaka, tak ada seorang pun nak jadi jahat. Jadi, disebabkan kegagalan, aku ditohmah, diherdik. Sakit. Kejayaan tak datang dalam sekelip mata, tidak juga tanpa usaha. Yang penting, aku berikhtiar dan aku redha.

Percaya,

Entah siapa harus aku beri kepercayaan, kalau dah mak sendiri sudah katakan aku seperti orang asing. Jadi siapa? Along? Adik? Aku pernah percaya. Aku pernah curah segala, semoga tidak sia-sia.





Wednesday, March 13, 2013

Discriminate

Don't discriminate people for their mistakes, because sometimes you tend to repeatedly doing the same mistakes as well. Aku, selalu jengah tingkap tengok langit. Bisik dalam hati "Awan hari hari pun cantik"
Tapi aku sentiasa diberi kesempatan untuk bersyukur dengan apa yang dikurniakan, apa yang dizahirkan,
dan selalunya aku sia-siakan kesempatan itu.

Setiap kali, jiwa tersangkut, kusut. Baru rasa terpinga entah nak cari apa. Ya, manusia. Memang kekadang kita ni pandai lagukan kata kata, tapi dalam masa yang sama kita tak pernah sedar pun yang sebenarnya kita juga melakukan khilaf yang sama, secara berulang.

Jengah muka ke luar tingkap, tengok langit berlampukan bulan. Kalau aku ungkap, ini berunsurkan rungutan. Tapi tak juga aku paham, ragam manusia.